Daftar masuk

Sila daftar masuk terlebih dahulu. Pastikan semua maklumat adalah sahih bagi melayakkan anda untuk menebus hadiah percuma selepas mendaftar.

Nama:

No. Kad Pengenalan:

No Telefon:

Emel:

Jantina

Umur

Bangsa

Status Perkahwinan

Bilangan anak

Pendapatan isi rumah

Saya patuhi terma dan syarat peraduan

Sila cuba daftar sekali lagi!

Terma & syarat

PENTING: SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI ("TERMA DAN SYARAT") SEBELUM MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERADUAN INI. INI ADALAH PERJANJIAN SAH DI ANTARA ANDA DAN PENGANJUR KARNIVAL JOM HEBOH ("SYARIKAT") DI MANA PENYERTAAN ANDA DALAM PERADUAN INI DITADBIR OLEH TERMA DAN SYARAT INI. DENGAN MENYERTAI PERADUAN INI, ANDA DENGAN INI MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI, DAN BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA DAN SYARAT INI.

  1. Karnival Jom Heboh adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Syarikat yang disertakan dengan peraduan yang dikenali sebagai “Peraduan”.
  2. Peraduan ini dibuka hanya semasa program berlangsung sahaja.
  3. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dan berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan Peraduan) yang memiliki Kad Pengenalan yang sah. Kumpulan dibawah TIDAK LAYAK untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan Syarikat dan syarikat induknya, Media Prima Berhad (“MPB”) (termasuk syarikat bersekutu dan/atau syarikat berkaitan Syarikat dan MPB) dan/atau ahli keluarga terdekat (termasuk pasangan suami/isteri, anak, ibu, bapa dan adik beradik).
    2. Wakil, kakitangan, pekerja, pembantu dan/atau ejen-ejen pengiklanan, dan/atau pembekal khidmat promosi, dan/atau penjual, pengedar kepada Syarikat dan MPB (termasuk syarikat bersekutu dan/atau syarikat berkaitan Syarikat dan MPB) dan/atau ahli keluarga terdekat (termasuk pasangan suami/isteri, anak, ibu, bapa dan adik beradik).
    3. Penyertaan pendaftaran oleh kumpulan, organisasi, perusahaan dan/atau syarikat.
  4. Sekiranya peserta berumur bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan atas permintaan oleh Syarikat, mereka akan dikehendaki menunjukkan kebenaran bertulis itu.
  5. Kelayakan untuk menyertai Peraduan ini, peserta WAJIB memenuhi setiap ciri–ciri, syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Syarikat.
  6. Hanya gerai/penjual yang ditetapkan / dipilih oleh Syarikat yang layak meletakkan cop yang dibenarkan pada Pasport.
  7. Setiap peserta boleh menghantar hanya sekali penyertaan semasa program diadakan tertakluk kepada penyertaan lengkap dan pengesahan Pasport dan pendaftaran melalui laman sesawang “register.jomheboh.com.my” berdasarkan Nombor Kad Pengenalan Malaysia peserta.
  8. Hanya Pasport yang asal dengan pendaftaran yang betul dan lengkap akan diterima untuk pengesahan terakhir. Duplikasi dan salinan semula Pasport tidak akan diterima.
  9. Penyertaan peserta akan dibatalkan serta - merta jika didapati berlaku sebarang penipuan, sebagaimana ditentukan oleh pihak mutlak Syarikat. “Penipuan” adalah termasuk, tidak terhad kepada, memalsukan cop, mengunakan beberapa nombor identifikasi yang berlainan, menganggu atau mengodam laman sesawang/sistem Peraduan, menyertai Peraduan tanpa mengikut setiap syarat yang ditetapkan, mencuba untuk menganggu mana-mana bahagian/peringkat Peraduan, tidak termasuk dan tidak terhad kepada, membenarkan orang lain mengunakan data peribadi anda, atau menganggu mana mana proses penyertaan.
  10. Syarikat berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara dan tanpa notis terlebih dahulu untuk mengeluarkan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam Peraduan.
  11. Sebarang penghantaran / penyertaan Peraduan selepas program tidak akan dilayan.
  12. Peserta Peraduan akan dihubungi melalui telefon bimbit yang telah disertakan / dinyatakan di dalam Pasport dan borang pendaftaran, dan mesti mengikut kesemua syarat pengesahan sebelum di isytiharkan sebagai pemenang Peraduan. Sekiranya peserta tersebut tidak dapat dihubungi sebanyak tiga (3) kali cubaan, peserta tersebut akan dibatalkan dan peserta lain akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang Peraduan perlu menghantar “Salinan Peserta” yang asal, salinan kad pengenalan mereka dan maklumat-maklumat yang berkaitan dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh Syarikat. Jika gagal, Syarikat berhak membatalkan kelayakan pemenang Peraduan.
  13. Pemenang Peraduan akan diumumkan oleh Syarikat dalam masa dua (2) minggu dari tarikh penyertaan, atau pada tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak Syarikat melalui mana-mana platform media yang relevan, tidak terhad kepada media sosial.
  14. Keputusan Syarikat berkaitan apa-apa perkara tentang Peraduan termasuklah pemilihan pemenang adalah muktamad, konklusif dan terikat dan tiada surat-menyurat atau percubaan untuk merayu, mengkaji semula atau mempertikaikan keputusan tersebut akan dilayan.
  15. Model, tahun pembuatan, warna, spesifikasi, tarikh luput hadiah adalah hak mutlak dan ditentukan oleh Syarikat.

Terma dan syarat pengesahan dan penerimaan hadiah sebagai pemenang cabutan bertuah Karnival Jom Heboh 2024 ini adalah seperti berikut:-

  1. Hadiah mesti dituntut oleh pemenang sebagaimana yang akan dimaklumkan oleh Syarikat dan sekiranya perlu menuntut di lokasi ia adalah atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh SATU (1) bulan dari tarikh pemberitahuan ("Tempoh Ditetapkan"). Pemenang mesti mengemukakan kad pengenalan asal dan surat pengakuan rasmi dari Syarikat untuk pengesahan apabila menuntut Hadiah. Kegagalan pemenang untuk menuntut Hadiah di dalam Tempoh Ditetapkan akan menyebabkan pelucutan Hadiah, dan Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menguruskan hal-hal berkaitan Hadiah yang telah dilucutkan tersebut dianggap wajar oleh Syarikat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada pemenang. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  2. Untuk sebarang keadaan khas dan tertakluk kepada persetujuan bertulis Syarikat, pemenang boleh menamakan wakil yang diberi kuasa untuk mengambil Hadiah bagi pihak pemenang. Wakil yang diberi kuasa itu dikehendaki menyampaikan kebenaran bertulis asal dari pemenang dan salinan kad pengenalan pemenang apabila menuntut Hadiah bagi pihak pemenang.
  3. Sebarang risiko akan sepenuhnya ditanggung oleh pemenang apabila menerima Hadiah. Syarikat tidak akan bertanggung jawab berkaitan dengan Hadiah termasuk tanpa had, kecederaan diri, kematian, kerosakan harta benda dan/atau tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.
  4. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan/atau ditukar atau ditebus dengan wang tunai atau mana-mana barangan.
  5. Agensi yang dilantik hendaklah setelah menerima Dokumentasi yang lengkap dan caj sampingan sepenuhnya mendaftar Hadiah atas nama pemenang di bawah pendaftaran kenderaan persendirian individu, di mana pemenang akan diberitahu pada tarikh pengambilan Hadiah berdaftar di bilik pameran terdekat.
  6. Agensi yang dilantik tidak akan bertanggung jawab untuk sebarang kelewatan berkaitan dengan pendaftaran Hadiah atas nama pemenang.
  7. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberikan persetujuan kepada Syarikat untuk menerbitkan dan mengunakan nama peserta, informasi berkaitan dan imej yang diberikan kepada Syarikat untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti, dan/atau mana-mana tujuan yang relevan tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu atau memberi apa-apa pampasan kepada peserta dan/atau pemenang. Peserta dan/atau pemenang tidak berhak untuk menuntut hak pemilikan atau apa-apa jenis pampasan lain atas bahan tersebut.
  8. Syarikat dan /atau syarikat bersekutu dan/atau yang syarikat berkaitannya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah nyataan fakta, kerosakan, kecederaan atau kerugian (termasuk kematian mana-mana orang) yang disebabkan daripada Hadiah yang dimenangi melalui penyertaan Peraduan ini dan selanjutnya tidak akan bertanggungjawab, sama ada langsung atau berbangkit, untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan atau apa pun yang ditanggung oleh para peserta akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini atau sebagai hasil dari sebarang perbuatan atau peninggalan di pihak Syarikat.
  9. Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta berkenaan dengan Hadiah yang diterbitkan di mana-mana media massa, pemasaran atau bahan pengiklanan. Gambar Hadiah yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berkaitan dengan Peraduan ini semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan warna, model atau spesifikasi Hadiah yang sebenarnya.
  10. Sebarang “Data Peribadi” (seperti yang dinyatakan didalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan sebarang perundangan subsidari yang dibuat dibawah APDP dan sebarang perundangan yang mengantikan APDP) berkaitan peserta, setiap peserta mestilah memastikan beliau membaca dan memahami Notis Perlindungan Data Peribadi Media Prima Berhad (“Notis MPB PDP) yang boleh didapati di https://www.mediaprima.com.my/pdpa dan dengan ini, setiap peserta bersetuju dan membenarkan Data Peribadi beliau diproses oleh Syarikat mengikut terma dan syarat yang terkandung di dalam Notis MPB PDP.
  11. Nama, informasi, kata laluan, alamat e-mel dan mana-mana maklumat peribadi setiap peserta akan dikendalikan oleh Syarikat mengikut peraturan PDPA.
  12. Syarikat berhak untuk:
    1. mengubah Terma dan Syarat ini dan mengubah peraturan dan/atau ciri - ciri Peraduan ini;
    2. melucutkan mana-mana penyertaan yang melanggar peraturan atau peserta bertindak melakukan penipuan; dan
    3. membatalkan Peraduan ini, di mana-mana peringkat, jika pada pendapatnya, adalah dianggap perlu atau jika timbul keadaan di luar kawalan Syarikat.
  13. Mana-mana kegagalan teknikal atau kerosakan atau apa-apa masalah lain dengan mana-mana pelayan, sistem, rangkaian atau pengendali mudah alih atau penyedia perkhidmatan yang mungkin mengakibatkan sebarang pendaftaran yang tidak dicatat dengan betul atau tidak direkodkan, tidak termasuk di dalam tanggungjawab Syarikat.
  14. Syarikat tidak akan membayar balik peserta Peraduan bagi sebarang kos / perbelanjaan / caj yang ditanggung oleh peserta semasa menyertai Peraduan (jika ada).
  15. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta dianggap bersetuju kepada Terma dan Syarat yang ditetapkan.